>>  Peta Laman >>  News

Parlimen Perancis Pilih Ubuntu


#79 - 0--zulkiply--Parlimen Perancis Pilih Ubuntu--2007-04-08 09:53:14

ball PARLIMEN Perancis telah memilih Ubuntu sebagai komputer desktop untuk ahli-ahli parlimen dan para pembantunya.

Parlimen Perancis membuat keputusan untuk menggantikan kesemua sistem operasi dari Windows kepada distribusi Linux di kesemua komputer 1,154 sebelum bermulanya sessi parlimen yang akan datang pada bulan Jun ini.

Sisitem operasi Linux Ubuntu ini akan dimuatkan dengan beberapa pakej sumber terbuka seperti OpenOffice productivity suite yang didatangkan dengan Ubuntu, termasuk browser Firefox.
- ubuntuLangkah ini dipandang sebagai satu galakan kepada pembangun aplikasi sumber terbuka.. France Telecom, firma perkhidmatan I.T., Bull dan INRIA, sebuah institut penyelidikan sains komputer adalah diantara badan pelaksana di belakang konsortium sumber terbuka ObjectWeb ini.

Ubuntu merupakan distribusi Linux yang amat popular di kalangan pengguna-pengguna utama komputer. Perisian ini berasaskan kepada Debian dan ditaja oleh Canonical.

Distribusi Ubuntu ini berbeza dengan SuSE kepunyaan Novell dimana Ubuntu menyediakan pemuat-turunan kod-kod perlaksanaan secara percuma dan mengundang sesiapa saja untuk melibatkan diri di dalam pembangunan perisian ini yang tidak dilakukan oleh SuSE.

Red Hat pula menawarkan distribusi Linux desktop dan memerlukan langganan berbayar untuk sebarang muat-turun terhadap fail-fail perlaksanaan perisian server mereka. Novell menawarkan SuSE sebagai muat-turun percuma, tetapi mengenakan bayaran untuk pengemaskiniannya.
--comments-->7--3001--4


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS