>>  Peta Laman >>  News

Membetulkan Menu Bar Internet Explorer 7.0


#77 - 0--zulkiply--Membetulkan Menu Bar Internet Explorer 7.0--2007-04-03 22:48:49

ball INTERNET EXPLORER 7.0 (IE 7.0) telah dilancar pada tahun lalu dan telah muncul sebagai browser yang paling banyak digunakan mengatasi pesaingnya iaitu Mozilla Firefox. Nampaknya perang browser di antara IE dan Firefox akan bertambah sengit dengan kemunculan IE 7.0 ini.

Terdapat banyak ciri-ciri baru yang didatangkan dengan IE 7.0 ini seperti tab browsing, kotak enjin pencari, langganan RSS Feed, zoomkan halaman dan juga fungsi untuk mencetak yang lebih mesra-pengguna.

- ielogoSelain dari itu, IE 7.0 menawarkan ciri-ciri keselamatan yang menarik seperti Tapisan Anti-Phishing untuk mengenal-pasti lamanweb-lamanweb palsu yang cuba menipu para pelayar web dan jika perlu lamanweb ini boleh di sekat.

Jika dilihat sekali imbas, browser ini memang menarik dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.


ie7
Rekabentuk dan antaramukanya menarik

sn
Ciri Tab browsing memboleh banyak halamn dibuka dengan satu browser

search
Kotak Search Engine yang tersedia

Untuk memasang IE 7.0 anda perlu ada Windows XP SP2. Anda boleh memuat turun IE 7.0 ini dari SINI

Cara-cara pemasangan yang betul ada disediakan di dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalamnya.

NAMUN, apakah IE 7.0 sudah sempurna? Oh tidak! Salah satu kelemahan yang paling ketara ialah Menubar ynag tiba-tiba kini diletakkan disebelah bawah address bar. Perhatikan:

menubar
Menubar yang janggal!

Anda perlu mengaktifkan Muneu Bar ini dengan mengklik butang kanan tetikus di kawasan sebelah tabs dan pilih MenuBar option. Setelah dilaksanakannya, Menubar akan muncul tetapi seperti yang dikatakan ia akan mucul di sebelah bawah address bar.

Justeru itu LPZH menyiapkan satu fail kecil untuk membetulkan kedudukan Menubar yang janggal ini. Anda boleh perolehi dari SINI. Pemakaiannya mudah. Anda hanya perlu mendwiklik fail tersebut untuk pendaftaran di registry diperbaiki.

before
Keadaan Menubar sebelum diperbaiki

after
Keadaan Menubar selepas diperbaiki

Jadi dengan pembetulan terhadap kedudukan lokasi Menubar pada tempatnya yang betul seperti browser-browser lain, anda tidak lagi kekok untuk mencari pull-down menu seperti yang lazim digunakan.

Jadi peluncuran anda akan lebih licin tanpa sebarang masalah untuk mencari menu pull-down itu.

ie7a

Dan seperti yang saya katakan tadi, IE 70 akan terus diberikan tentangan hebat oleh Firefox dan diikuti dengan Opera.

Saya akan mengulas perang baru di tulisan akan datang. InsyaAllah.


dacing--comments-->23--4013--4


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS