>>  Peta Laman >>  News

PENGHARGAAN BUAT FRANSISCO BURZI


#61 - 0--Administrator--PENGHARGAAN BUAT FRANSISCO BURZI--2006-12-19 18:31:55

ball PHP-Nuke ialah satu CMS yang hebat yang sentiasa berkembang bersama komunitinya yang luas, sehingga pesaingnya yang lain menjadi kerdil, dengan ciri-ciri dari pengurusan berita kepada lis mailing, sistem pesanan persendirian dan bermacam-macam lagi. Carilah istilah PHPNUKE di dalam enjin pencari, anda akan terpegun untuk mendapati tidak kurang dari 10 juta halaman akan disenaraikan. Wikipedia juga, mempunyai halaman khasnya untuk PHPNUKE.

Namun tidak banyak yang ditulis mengenai perekacipta atau lebih dikenali sebagai emak dan bapak kepada PHPNUKE ini iaitu Fransisco Burzi. Lebih menyedihkan, belum ada lagi yang menulis walau sebaris tentang beliau di Wikipedia. -
burzi
Fransisco Burzi


Ini menyebabkan saya melakukan carian penulisan mengenai beliau, namun hampa kerana saya hanya memperolehi beberapa wawancara lama yang tak berapa sesuai lagi di sana sini. Saya teringat ada menyimpan satu rencana mengenai beliau di dalam laptop saya beberapa tahun lalu dan akhirnya saya mencarinya semula - ia adalah satu wawancara eksklusif yang pernah diterbitkan oleh dangerscript.com. Sayangnya, ia tidak ada lagi di situ, malah domain itu pun sudah ghaib entah kemana. saya bercadang untuk menerbitkannya semula dan saya namakan ia :

PENGHARGAAN BUAT FRANSISCO BURZI.


Seorang pemuda yang ghairah membangunkan adunan kerjaya dan keinginannya dan di dalam proses mencipta satu sejarah seperti phpnuke.org, kini telah menjadi salah satu komuniti paling aktif di dunia ini untuk aplikasi sumber terbuka berasaskan web. Satu pencapaian yang mengkagumkan!


Francisco Burzi Casciello, seorang yang tinggi lampai, berkeyakinan, berumur 33 tahun, seorang role model bagi perekacipta. "Kategori filem/movie yang saya minati ialah SciFi dan saya suka apa jenis dokumental" kata Francisco yang tinggal di San Cristobal, Venezuela. Hobinya termasuklah astronomi dan paleonthologi. "Saya secara umumnya suka alunan muzik Kitaro dan muzik masa kini" tambah beliau. dilahirkan di Quebec, Kanada pada Jun 10, 1969, Francisco Burzi memulakan tugasnya membina sistem portal sumber terbuka yang akhirnya menggegarkan dunia pada 26 Jun 2000.


1) Bagaimana, bila dan mengapa projek php-nuke project bermula?


Projek PHP-Nuke bermula apabila saya mempunyai sati site berita berasaskan Linux di dalam bahasa Sepanyol. Ia jawapan yang khusus untuk keperluan saya yang khusus di site itu. setlah membangunkannya di dalamsa 3 minggu saya memikirkan bahawa amat elok jika dapat dikongsikan kod dengan peminat-peminat website saya. Mereka menanyakan tentangnya mereka mendapatnya.


Ia adalah perisian percu ma dan sumber terbuka untuk sekian lamanya, oleh itu saya ingin mengikuti jejak pemikiran saya dan mengongsikannya bersama komuniti. Juga, ada ketika saya bertanya sendiriran menapa site-site yang mendakwa sumber terbuka tidak mengongsikan kod mereka, mewujudkan satu misteri kosong di ruang kod lamanweb. Tetapi, seperti yang saya katakan, PHP-Nuke dilahirkan, dan terima kasih kepada keperluan yang mendesak saya di waktu itu..


Versi pertama PHP-Nuke (1.0) lahir pada 26 Jun 2000 dan pelancarannya diikuti dnegan satu komuniti yang besar yang akhirnya berkembang menjadi salah satu komuniti paling aktif untuk mana-mana aplikasi berasaskan web


2) Anda telah menggegarkan Komuniti Perekacipta dan populariti PHP telah naik mendadak. Apakah rahsia kejayaan anda?


Saya tak tahu apakah kita mampu berbicara mengenai rahsia kejayaan PHP-Nuke, namun demikian pada pendapat saya kejayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. nama PHPNUKE itu sendiri ganjil tetapi menarik perhatian dan agresif. Imej produk agak bersih dan saya cuba mengekalkannya, pada ketika orang memerlukkan penyelesaian percu ma untuk web site, satu paparan professional terhadap aplikasi, kemaskii yang kerap, kestabilan koding, dan sebagainya. menjadikan PHP-Nuke satu aplikasi pilihan..


Saya tidak tahu berapa banyak PHP-Nuke menyumbang kepada populariti PHP sebagai satu bahasa skrip untuk web. Penggunaannya meningkat dan mungkinnya matlamat PHP ialah: untuk menukar dirinya kepada bahasa skrip web untuk masa depan. Walaubagaimana pun, satu perkara yang menarik untuk mengetahui apa yang orang di PHP fikirkan mengenai PHP-Nuke.


3) php-nuke telah memberi inspirasi banyak projek sumber terbuka yang lain seperti myphpnuke, postnuke, planetnuke dan lain lain. Apa reaksi anda tentang ini?


Hebat! Saya gembira dengan fenomena ini. Sebahagian dari kejayaan of PHP-Nuke ialah ia memberi inspirasi kepada ramai perekacipta untuk mengekori satu revolusi, dan saya amat gembira PHP-Nuke menjadi pilhan bukan saja untuk pengguna tetapi juga untuk perekacipta yang menjadikan PHPNUKE sebagai asasnya. Ini yang hebat, yang akhirnya mewujudkan persaingan (jika saya boleh gunakan istilah ini) dan setiap satu perlu berjalan dengan cara masing-masing, dan anda boleh meyakini bahawa ini satu cara yang lain untuk saya merasakan keceriaan ;)


4) Siapa Francisco Burzi di dalam dunia sebenar?


Saya tiada apa yang istimewa, dab bukan pula seorang makhluk asing. Saya normal sahaja. Saya suka tinggal di dalam rumah saya di mana saya bekerja dan mengandungi segala perkakasan saya, tenang. Saya suka ketenangan dan ketenteraman. Namun kesendirian, kadangkala, menjadi mustahil kerana saya ada isteri dan anak. Ada masanya saya seorang perfectionism, terutama di bab komputer tetapi tak berapa jika di dalam dunia sebenar.


Saya suka teknologi dan benda-benda baru tetapi jauh di sanubari saya simple sahaja (memikirkan zaman baru tanpa astrologi misalnya;)). Saya mempunyai hobi seperti menonton movie/dokumentals astronomi dan paleonthologi.


5) Apakah keghairahan anda dengan koding memberi kesan kepada keluarga?


Dalam beberapa hal ya. Biasanya saya bekerja pada waktu malam dan akan tidur di siang hari. Ini kerana sambungan internet di negara saya lebih baik di waktu malam, juga waktu malam sesuai untuk bekerja setidak-tidaknya untuk saya. Bahagian paling bagus ialah isteri saya mempunyai kegemaran yang sama mengenai komputer dan akan bersama saya pada banyak ketika di dalam rumah-pejabat saya.


Untuk anak saya yang berusia 3 tahun saya pasang berapa permainan PC... nampaknya ia terkehadapn dari langkah saya ;).


6) Apa nasihat anda kepada bakal perekacipta?


Kesungguhan dan kerja kuat. Jangan leka dan terus pandANg ke hadapan. Jika anda mempunai idea yang baik dan innovatif, masa untuk anda akan tiba, c uma tunggu saatnya dan pada penantian itu teruskan bekerja.


7) Anda mungkin telah menerima banyak email di dalam kerjaya anda sebagai perekacipta. Bolehkah anda ceritakan satu mail yang menonjol?


Sepanjang 2 tahun membangunkan PHP-Nuke muncul di kepala saya tiga waktu melucukan yang orang ada nyatakan. Waktu bermulanya projek, lebih kurang 6 bulan sebelum pelancaran pertama,


ada seseorang menyatakan kepada saya:


...tolong, ucapkan terima kasih kepada ibumu bagi pihak saya kerana melahirkan anda ke dunia...


Sebelum sambutan ulangtahun PHP-Nuke yang pertama, saya menerima satu email yang menyatakan:


...anda tidak mencipta program, ini bukan satu revolusi, bukan juga satu gerakan... ini satu wabak ...


Dan yang akhir ialah seorang yang menhatar satu berita kepada lamanweb saya:


...Pergi ke Google.com dan lakukan carian untuk istilah "god" dan ketawalah apabila anda melihat PHP-Nuke merupakan baris pertama!...


8) Terus berkerja dan memperbaiki sistem portAl sumber terbuka mengambil masa dan tenaga. Bagaimana pula sumber kewangan anda?


Pada tahun 2001 saya menerima sokongan kewangan dari MandrakeSoft, tetapi mereka menghentikannya pada 2002. Kerana site saya menerima kunjungan lebih kurang 1,4 juta paparan halaman sebulan saya mula dengan mewujudkan iklan banners sebagai cara untuk mempeolehi sumber pendapatan.


Kini saya hidup saya bergantung kepada iklan banner, derma dan program berkait. Saya cuba beberapa pilihan lain seperti menghantar email dan faks sana sini untuk mendapatkan bantuan kewangan tetapi saya belum berjaya menerima apa-apa maklumbalas. Bukan mudah untuk hidup dengan pendapatan sebegini, anda perlukan ramai pengunjung dan adakan banyak pilihan untuk ditawarkan supaya mendapat bantuan dari komuniti anda. Tetapi sekurang-kurangnya saya memperolehi sedikit dengan pertukaran ini dan saya akan teruskan cara ini buat masa ini. dan anda menyetuh perkara ini: ini adalah sumber terbuka, dan inilah masalah utama untuk mencari sokongan sumbangan.


9) Sekarang ini sistem portal menjadi semakin baik, bagaimana masadepan projek ini?


Untuk menjadikan ia lebih baik ;)


Betul, saya ingin menukarkan PHP-Nuke kepada sistem portal yang lebih professional. Saya melakukan ini dengan perlahan-lahan, dan ini cara yang baik untuk melakukannya.


PHP-Nuke akan memasukkan, pada versi akan datang, semua dan apa saja aplikasi/utiliti yang webmaster perlukan. Ideanya ialah webmaster c uma perlu cipta susunatur lamanweb (tema grafik dan pengagihannya) dan terus menggunakan perisian tanpa membimbangi aspek teknikalnya. Satu sistem yang bijaksana yang menjadikan satu pilihan praktikal dan jelas dan semua atau apa-apa modul diadun bersama dengan kernel yang stabil dan kukuh..


website: http://www.phpnuke.org


Di zaman yang berlalu pantas dan persaingan begitu ganas ini, sukar untuk meramalkan berapa ramai dari tokoh-tokoh internet akan membawa kejayaannya ke tahap selanjutnya, namun yang pasti mereka ini memberi insprasi kepada seluruh warga dalam generasi baru untuk memperkasakan Net dalam cara bagaimana pencapaian Bill Gates dan Sabeer Bhatia akan menjadi pudar secara perbandingannya!
--comments-->15--3060--4


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS