Anda pasti sudah mendengar Yahoo Toolbar, Google Toolbar dan MSN Toolbar. Kini bagi pengguna-pengguna Firefox dan Internet Explorer, untuk memudahkan pelayaran LPZH ini anda boleh memuat-turun satu Toolbar baru yang telah disiapkan dan diedarkan secara perc uma. Toolbar akan aktif di atas browser dan dengan hanya sekali klik anda akan dibawa ke sini. - Toolbar ini akan membaca "feeds" dari berita dan forum LPZH, iaitu ringkasan berita dan forum terkini dan apabila diklik tajuk itu browser anda akan memaparkan artikel dan forum berkenaan.
Ini memudahkan anda untuk mengikuti perkembangan mutakhir LPZH dan tidak terlepas untuk membaca artikel-artikel baru serta jawapan-jawapan forum yang dikirim oleh para ahli.
Toolbar ini boleh dimuat-turun dari
Apabila diklik pautan di atas anda akan dipaparkan maklumat tentang Toolbar ini seperti gambar berikut.
Kemudian anda pilih samada anda menggunakan browser firefox atau Internet Explorer. Jika menggunakan firefox terus sahaja klik butang hitam "Download Toolbar" dan ikut arahannya.
Jika anda menggunakan Internet Explorer, anda klik di perkataan "Other versions: Internet Explorer 5.0+".
Seandainya di browser anda telah sedia ada pop-up blocker, sila klik butang Edit Options dipenjuru kanan sebelah atas browser dan klik perkataan "Allow" untuk "zul.ourtoolbar.com". setelah itu anda perlu refresh semula halaman tersebut dan satu pernyataan untuk memasang toolbar tersebut sebagai extension di browser anda.
Setelah siap dipasang, satu pernyataan lain akan dipaparkan dan disini anda boleh mengklik kedua-dua checkbox dan kemudian klik "Finish". Toolbar telah terpasang dan akan berada di bahagian atas browser anda. Jika ia tidak ada, klik "View -> Toolbars -> Zultoolbar".
APA YANG ISTIMEWANYA TOOLBAR INI?
1) Ia akan disertai dengan Pop-up blocker, menyemak email Google, membaca feeds dari LPZH dan TKO, anda boleh membaca 15 jenis akhbar dan majalah tempatan dan antarabangsa seperti Utusan, Berita Harian, Harakahdaily, Newsweek, CNN dan lain-lain.
2) Aktifkan dengan mengklik di anak panah ikon merah dipenjuru kiri dan pilih Toolbar Options. Tentukan setting anda. Pilik pop-up blocker, weather forecaster (ramalan cuaca), Email Notifier.
3) Untuk ramalan cuaca di lokasi anda klik ikon "Weather" di atas toolbar dan masukkan lokasi anda contohnya Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia akan memaparkan ramalan cuaca sepanjang hari. Ia akan terus kemaskini secara automatik apabila anda membuka browser.
4) Untuk setting email, klik ikon Email Notifier dan tentukan setting email google anda. Tentang email Hotmail dan Yahoo saya meminta maaf kerana ia belum berfungsi lagi. InsyaAllah pada masa akan datang.
5) Anda boleh menambah setting sendiri di toolbar ini dengan mengklik semula Toolbar Options tadi (no.2) dan pilih tab "Predefined components" dan kemudian "Useful Components".
Kini anda sudah boleh membaca feeds dan mengikuti samada soalan anda di forum LPZH sudah dijawab ataupun belum terus dari browser anda dengan mngklik "Baca RSS".
Atau mungkin anda ingin membaca akhbar, maka klik sahaja ikon Akhbar. Butang "Search" juga disiapkan, taip sahaja apa yang anda ingin cari melalui enjin google di kotak yang disediakan di toolbar itu.
Selamat menggunakan toolbar ini.
--comments-->42--3539--2