>>  Peta Laman >>  News

APA DAN MENGAPA AJAX


#54 - 0--Administrator--APA DAN MENGAPA AJAX--2006-11-23 12:51:19

ball AJAX (Asynchronous JAvaScript and XML) - Keserentakan JavaScript dan XML adalah satu teknologi terkini di dalam pembangunan aplikasi web yang membolehkan sesuatu lamanweb menjadi lebih interaktif dan bertindak seolah-olah lamanweb itu berada di dalam komputer pengguna. AJAX membolehkan lamanweb mengambil data dari server di dalam kuantiti yang kecil dan memaparkannya tanpa perlu menyegarkan-semula (refresh) browser.


Diberikan nama AJAX oleh Jesse James Garrett, Presiden dan Pengasas Adaptive Path. - Sebelum AJAX, sebarang penggalian dan pemaparan data dari server memerlukan keseluruhan halaman di segarsemula di dalam komputer pengguna. Sebagai contoh di halaman forum di sini, setelah kita menjawab dan menulis, kita akan mengklik butang "Hantar", data yang kita tulis akan dihantar ke server dan server akan bertindak balas dan menghantar-semula kepada kita keseluruhan halaman dengan data yang telah dikemaskini. Kita pula akan menyegar semula browser atau ada skrip yang melakukan tugas demikian, namun yang pasti keseluruhan halaman itu disegar-semulakan.



Berbeza dengan lamanweb AJAX. AJAX mampu untuk mengesahkan dan memulangkan tulisan kita "dibelakang tabir" sewaktu kita sedang menaip, menjadikan sesi kita tidak terganggu terutama di dalam sambungan internet yang lembab. AJAX, juga dikenali sebagai "remote scripting," membolehkan aplikasi web dibangunkan seiras dengan aplikasi LAN.



Anda pernah menggunakan email google iaitu GMAIL atau pernah menggunakan Peta Lokasi di LPZH atau mempunyai akaun MyYahoo? Jika pernah maka kesemua halaman itu menggunakan teknologi AJAX ini.



Apakah lagi ciri menarik AJAX sehingga ia begitu popular di kalangan pembangunan lamanweb?



1) Rasa Kesinambungan: Aplikasi web lama memaksa kita menghantar sesuatu borang yang telah diisi, tunggu beberapa saat, saksikan semula keseluruhan lamanweb itu disegar semula (auto atau manual) dan kemudian melaksanakan lagi tugas rutin itu. Anda terlupa meletak nombor telefon di ruangan yang disediakan di dalam borang misalnya, anda perlu mengisi semula keseluruhan borang itu apabila server tidak berjaya memprosesnya. Berapa kali anda ingin menjawab forum tetiba server memulangkan halaman itu semula kerana anda terlupa hendak login? Itu teknologi konvensional!



Ajax menawarkan satu gerakan yang lancar secara asynchronously dengan mengekalkan aliran komunikasi diantara pengguna dengan server.



2) Kemskini masa-kini: Aplikasi Ajax boleh dikemaskini waktu semasa tanpa menunngu ia diklik butang HANTAR.Contohnya di dalam satu-satu banci, apabila pengguna sudah mengklik, terus sahaja data dikemaskini waktu itu dan paparannya wujud di skrin komputer. Contohnya di SINI



3) AJAX tidak memerlukan anda memasangkan apa-apa plugin di dalam browser. Kebanyakan browser masa ini sudah mampu mendokong pemaparan lamanweb berasaskan AJAX tanpa perlu pemasangan perisian tambahan lain seperti flash dan sebagainya.



Demikianlah pengenalan ringkas AJAX. Lamanweb Tutorial LPZH yang anda saksikan di sini menggunakan teknologi baru ini. InsyaAllah tutorial mengenai AJAX ini akan disusuli nanti.

--comments-->14--2871--4


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS