>>
Peta Laman
>>
News
LPZH DI AMBANG 2007
#51 - 0--Administrator--LPZH DI AMBANG 2007--2006-11-13 12:00:03

Tidak berapa lama lagi, kita akan meninggalkan 2006 dan menyambut ketibaan tahun 2007 pula.
Dari segi usia, kita bertambah setahun lagi. Namun dari segi cita-cita, iltizam, serta kelansungan hidup untuk memertabatkan diri dengan anjakan paradigma untuk merubah kehidupan kepada yang lebih baik, memerlukan kita untuk memuhasabah diri.
Tidak ada dua detik atau saat yang berbeza di dalam dunia ini, begitu juga dengan kehidupan kita. Perubahan terus-terusan berlaku dan ia adalah sesatu yang amat perlu untuk menjadikan kita lebih maju dan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.
Demikian halnya juga dengan LPZH.
- LPZH telah mengorak langkah untuk menyambut 2007 dengan berani,
menyusun-atur strategi bagi mempastikan esok lebih baik daripada hari ini.
Langkah pertama di antara usaha-usaha itu termasuklah mengadakan
LPZH versi Bahasa Inggeris. Anda boleh melayari versi bahasa Inggeris dan memilih "
English" pada block Language di block paling atas sebelah kiri.
Ini adalah untuk meletakkan LPZH di peta global. Dunia tanpa sempadan menyaksikan jika kita tidak berupaya untuk ketinggalan, adalah perlu untuk kita menjadi salah seorang pemain aktif, bukan sekadar penyaksi pasif di peringkat antarabangsa ini. Globalisasi itu sesuatu rahmat, ia membuka
ruang untuk kita memperhebatkan kerja kebaikan dan dakwah sementara usia masih dikandung badan.
Sekarang semua pengunjung LPZH boleh melihat
LOKASI di mana para pengunjung LPZH berada dengan menggunakan kemudhan
Peta LPZH. Semak pautannya di
block Maklumat Ahli (Block User_Info). Sungguh menarik bukan? Malah anda boleh melihat kedudukan lokasi Ahli Tetap LPZH. Seorang sahabat dari Trengganu melaporkan berjaya melihat bahagian atas bumbung KUSTEM yang di katakan mempunyai "tanda salib' yang heboh diperkatakan menggunakan peta ini dengan mengklik
"SATELITE". Silalah cuba melihat kesibukan lebuhraya Utara Selatan, Menara KLCC atau mana-mana sahaja lokasi yang anda suka.
Langkah seterusnya ialah penghasilan
NukeMalaysia 2008. Sambutan terhadap
NukeMalaysia 80 pada awal bulan Oktober lalu menyaksikan sambutan yang menggalakkan. Ia membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia boleh mengikuti dan membina lamanweb berasaskan PHP-MySQL ini jika terdapat ruang dan panduan yang betul daripada mana memulakan dan sampai mana perlu diusahakan.
Justeru itu saya menghasilkan satu lagi NukeMalaysia yang saya namakan versi 2008 sempena versi PHPNUKE versi 8.0 dan difahami semua koding hendaklah mesra pengguna menjelang 2008.
NukeMalaysia 2008 adalah untuk masyarakat antarabangsa. Justeru itu ia mesti memenuhi kehendak dan piawaian peringkat itu. Di atas premis sedemikian koding-koding untuk NukeMalaysia 2008 diperbaiki dan disahkan oleh Konsotium WWW (W3C). Terdapat sebanyak lebih kurang 30,000 baris koding dan bugs koding asal PHPNUKE yang terpaksa diperbaiki dan telah mengambil masa lebih 400 jam untuk menghasilkan NukeMalaysia 2008 yang menepati piwaian antarabangsa ini.
Ramai yang bertanya "apakah yang saya dapat dengan melakukan kerja-kerja kebajikan selama ini apa tah lagi semuanya diedarkan secara percuma"?.
Memang terlalu sukar menjawabnya namun saya berpendirian bahawa kita mesti menukarkan prinsip hidup
dari menjadi "orang yang menerima" kepada "orang yang memberi". Bukankah tangan di atas itu sentiasa lebih baik dari tangan di bawah?
Adapun balasannya, jika manusia seluruhnya tidak membalas apa jua yang saya lakukan saya yakin bahawa Allah pasti membalasnya. sebagai manusia biasa seperti tuan/puan juga, saya pasti mempunyai dosa, samada saya menyedarinya atau tidak. Sudah cukup bagi saya jika Allah menerima apa-apa jua kebaikan yang ada di LPZH ini untuk menjadi penebus dosa-dosa saya itu.
Semuga tuan/puan beroleh rahmat dan mendapat perlindungan serta kejayaan dunia dan akhirat sempena kedatangan tahun 2007 yang bakal menjelma tidak lama lagi ini.
--comments-->21--6438--13