>>  Peta Laman >>  Journal index

Beradapan dengan penceroboh adalah fardhu ain

Beradapan dengan penceroboh adalah fardhu ain


Al-Qardhawi : berhadapan dengan pencerobohan adalah fardu 'ain
sumber: pmram.org

Amaran Dr Yusuf Al-Qardhawi kepada pemimpin Arab bahawa "Sejarah akan melaknat mereka dan akan memecahkan bangsa mereka"(التاريخ سيلعنهم وستبصق عليهم شعوبهم) jika berdiri bersama Amerika Syarikat didalam peperangan menentang Iraq, dan beliau menyeru kepada umat Islam agar menentang peperangan.

Al-Qardhawi menyampaikan khutbah Jumaatnya di masjid Omar Al-Khattab, di Doha, Qatar pada 7-3-2003, mengutuk apa-apa kerjasama dengan Amerika Syarikat menentang Iraq, dan memberi pandangannya bahawa :


بعدم جواز استخدام المطارات والموانئ والأراضي العربية والإسلامية للمساعدة في ضرب العراق


"Jangan benarkan Lapangan Terbang dan Pelabuhan Arab dan Islam digunakan untuk membantu menyerang Iraq".

Beliau menganggap bahawa berhadapan dengan "pencerobohan merupakan fardu 'ain" kepada orang Islam, menjelaskan bahawa :


إذا غزا العدو بلدا مسلما يجب على جميع أهله أن يخرجوا وينفروا لطرده من بلدهم... وهو فرض عين على الجميع نساءً ورجالا
"Jika sebuah negara Islam dicerobohi, wajib bagi seluruh ahli keluarganya menghalau keluar mereka dari negara mereka... itu adalah fardu 'ain bai semua wanita dan lelaki"

Al-Qardhawi menambah "jika ahli negara itu menolak jawapan keganasan, dan jika ia tidak di terima pakai maka kefarduan itu berpindah kepada jiran muslimnya dan seterusnya".

Sebagai jawapan kepada satu soalan yang di tanya kepada beliau sebelum khutbah, iaitu berkisar mengenai hukum menyertai Pasukan Pertahanan Teluk (pakatan yg terdiri dari Negara-Negara Teluk) dan adakah ia dibolehkan kepada individumenyertai pasukan tentera kepada Kuwait, Al-Qardhawi berkata :"Dibolehkan kepadanya mempertahankan Kuwait jika ia diserang, bagi mana-mana kerjasama operasi Ketenteraan menentang Iraq maka sudah pasti di larang".

Tambah beliau "mana-mana negara yang menolong keganasan terhadap negara-negara Islam maka ia adalah satu dosa".


وأشار القرضاوي إلى أن الولايات المتحدة تهدف من وراء حربها إلى الاستحواذ على نفط العراق، والقضاء على القوة العسكرية والبشرية لهذا البلد من خلال تدمير سلاحه ونزع العلم من أدمغة علمائه، بالإضافة إلى معاونة الدولة الصهيونية بإزاحة القوى العربية من أمامها، وإضعاف كل قوة يحتمل استخدامها ضد إسرائيل.

"Al-Qardhawi menunjukkan bahawa sasaran Amerika Syarikat disebalik peperangan ini ialah ingin mengambil alih minyak di Iraq, dan memusnahkan kekuatan tentera dan manusia dinegara itu, dengan bermakna memusnahkan senjata dan menarik kepakaran sains dari kebijaksanaan saintis, dan sebagai sokongan kepada NEGARA ZIONIST dengan cara membuang kekuatan Arab dari bahagian hadapan, dan melemahkan setiap kekuatan yang boleh digunakan terhadap Israel."

Pada masa yang sama Al-Qardhawi menyatakan betapa pedihnya perasaan beliau melihat Baghdad memusnahkan Roket Samoud 2 dan berkata :


كلما حطم العراق صاروخا من صواريخ الصمود 2 شعرت أن ضلعا من ضلوعي يتكسر

"Setiap kali Iraq memusnahkan Roket al-Samoud 2, saya merasakan tulang rusuk dari tulang-tulang rusuk saya patah"

Kami lebih cenderung mengatakan TIDAK

Sekitar demonstrasi berjuta-juta orang yang mendapat sambutan dunia menetang peperangan, Al-Qardhawi mengatakan :


نحن العرب والمسلمين أولى بأن نقول: لا للحرب

"Kami Arab dan Islam lebih cenderung berkata : TIDAK KEPADA PEPERANGAN".

Al-Qardhawi melahirkan tanda hormat (respect) kepada rakyat Amerika, dimana beliau menganggap mereka sebagai warganegara yang baik, tetapi beliau tidak bersetuju dengan Pentadbiran Amerika yang menimbulkan hostiliti (perasaan dingin) dan pandangan serong terhadap negara-negara Islam.

Memuji Palimen Turki

Pak Sheikh telah memuji Parlimen Turki kerana menolaki pengundian terhadap perluasan Pasukan tentera Amerika, menjelaskan bahawa dia "memberhentikan sikap menghina Islam dimana ia akan terdedah kepada kerugian material yang dianggarkan berbillion dollar".

Tambah beliau, sikap Parlimen Turki menjadi kontradik (berlawan) dengan sikap Pemeritah Arab dimana mereka :


خذلوا الإسلام وشعوبهم بوقوفهم مع الإدارة الأمريكية وتقديمهم التسهيلات لها مجانا بفتح أراضيهم ومطاراتهم وموانيهم، بل وربما يكونون هم الذين دفعوا فاتورة الحرب

"membiarkan Islam dan bangsanya jatuh dengan menyokong Pentadbiran Amerika dan menawarkan kemudahan percuma dengan membuka bumi, lapangan terbang dan pelabuhannya, dan kemungkinan membayar BIL PEPERANGAN".

Dianggarkan terdapat 7,000 askar Amerika di Qatar dan banyak lagi. Negara-negara arab kawasan Teluk yang lain menerima askar British dan Amerika. Lebih kurang 111,000 askar Amerika di Kuwait, tambahan 28,000 askar British, 5,000 askar Amerika yang majotitinya Tentera Laut di Bahrain dimana pasukan Laut Armada ke 5 Amerika disana, 1200 askar Amerika di UAE (Emirates) yang kebanyakkannya Tentera Laut, 3,000 tentera Amerika di Oman, 7,000 Amerika di Arab Saudi khususnya di Markas Udara Amir Sultan di padang pasir selatan Riyad. Dan Arab Saudi telah berkata bahawa : mereka menolak penggunaan bumi mereka untuk menyerang Iraq.

Sila klik url dibawah ini untuk mendengar teks Khutbah beliau :
1. fail 1 - http://www.islamonline.net/Arabic/media/2003/03/karadawi/images/1.rm dan
2. fail2 - http://www.islamonline.net/Arabic/media/2003/03/karadawi/images/2.rm

sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2003-03/07/article14.shtml


muhriz


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS