>>  Peta Laman >>  Journal index

PAS pandang berat isu Wira Everest

PAS pandang berat isu Wira Everest


Friday, December 30, 2005
PAS pandang berat isu Wira Everest

Harakah Daily

PAS memandang berat isu kematian Wira Everest K. Moorthy atau Mohammad Abdullah yang telah menimbulkan kekeliruan dan sekaligus menyentuh kewibawaan Institusi Perundangan Negara.

Pada waktu yang sama PAS juga memahami perasaan keluarga Moorthy yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini sehingga menimbulkan kesulitan dalam upacara pengebumian.

Demikian kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan bertulisnya kepada media.

Amatlah menyedihkan seorang wira negara terpaksa melalui kesukaran atas sebab sebab perundangan yang menyentuh tentang hak kebebasan individu dalam masyarakat sivil hari ini, kata Mujahid.

"Oleh itu bagi menyatakan sikap PAS dalam isu sensitif dan kontraversi ini dan bagi mententeramkan semua pihak supaya tidak terjejas perpaduan dan toleransi kaum dan agama yang dinikmati selama ini, PAS berpendapat:

1. Semua pihak hendaklah menghormati keputusan mahkamah dan proses penghakimannya kerana pihak mahkamah adalah merupakan pihak yang menentukan keputusan dalam konflik yang diajukan.

2. Keharmonian antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam membuat bidang keputusan masing masing hendaklah dihormati oleh semua pihak.

3. Kenyataan bahawa bukan Islam tidak boleh membawa kesnya atau membela dirinya di Mahkamah Syariah perlu diberi perhatian oleh pihak yang membuat undang undang kerana ini memberi gambaran yang buruk kepada Mahkamah Syariah yang dilihat seolah olah tidak adil dan ini menjejaskan nilai keadilan yang dipertahankan oleh Islam untuk semua pihak tak kira agama. Kes Moorthy harus menjadi kajian untuk dikemaskinikan keluasan makna 'keadilan' yang diperuntukan untuk Mahkamah Syariah bagi memelihara keadilan dalam Islam dilihat diperjuangkan.

4. Kenyataan pihak pihak tertentu tentang hak minoriti haruslah dilihat dalam perspektif undang undang dan perlembagaan persekutuan dan bukan dengan emosi sehingga menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Jika benar benar berlaku penindasan hak minoriti maka PAS menghulurkan tangannya tanpa mengira agama dan kaum untuk memperjuangkan hak golongan tertindas.

5. Semua pihak hendaklah bertenang dan jangan mengambil keputusan di tangan sendiri. Pihak polis diminta untuk memastikan keadaan terkawal dan mengambil tindakan tegas terhadap pemfitnah dan pencetus keakacauan berhubung dengan kes ini.

6. Bagi Wira Everest, PAS menyampaikan takziah kepada keluarga beliau dan keIslamannya walaupun terbukti dari sudut undang undang seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan penerimaannya. Kami meminta keluarga Wira Everest bersabar dan semua rakyat Malaysia yang mengkagumi Wira Everest bertenang bagi mententeramkan rohnya di alam baqa'."

http://www.malaysia-today.net/blog/2005/12/pas-pandang-berat-isu-wira-everest.htm


dewpem


ATTENTION! You are now viewing the Sitemap!
We strongly suggest you to visit the original website

Search in Web

Valid HTML 4.01 Valid CSS