Tutorial Photoshop
Bahagian 11
IMEJ DI KIUB
Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak melekatkan imej di
kiub..
Imej kiub yang saya gunakan ialah:

Dua imej berasingan akan saya lekatkan di atas permukaan kiub ini.
1) Buka fail imej kiub.gif dan pastikan ia di dalam mode RGB.
2) Buka juga fail imej pertama yang hendak dilekatkan. Untuk imej ini
klik Ctrl A dan Ctrl C.

3) Setelah itu pergi ke imej kiub.gif, tambah satu layer baru,
diikuti dengan Filter -> Vanishing Point. Dengan "perspective grid/plane
tool" (biasanya telah terpilih) dan grid sizenya dalam 300-400, pilih
kawasan permukaan pertama iaitu di sebeah atas.

Kemudian tekan Ctrl V. Imej yang ada di clipboard akan dilekatkan
dipermukaan tersebut dan adjustkannya ditengah-tengah.

4) Dengan cara yang serupa kini buka imej kedua dan tekan Cntrl A diikuti
dengan Ctrl C.
5) Beralih semula ke kiub dan klik Filter -> Vanishing Point. Pilih
permukaan sebelah kiri. Kemudian tekan Ctrl V.

5. Siap. Kini anda boleh perbaiki untuk mencantikkan kiub ini seperti
berikut:

Mudah bukan? Semuga anda berpuas-hati mengikuti tutorial ini.
Selamat berjaya.
|