Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?.
LPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat wap.zulkiplyharun.com
Tutorial Flash
Pelajaran 7
CAHAYA MELALUI HADAPAN TEKS
Di tutorial ketujuh ini kita akan mempelajari bagaimana hendak
mendatangkan kesan cahaya yang menyinari satu barisan teks. seperti contoh berikut:
1) Lancarkan Macromedia Flash dan buka satu fail baru dengan File
-> New -> Flash Document dengan ukuran 300 pix x 200 pix
berlatarbelakangkan warna hitam.
2) Kemudian dengan Text Tool taipkan sebarang perkataan yang anda suka di
stage dengan pilihan fon, saiz dan warna yang sesuai.
3) Cipta satu layer baru dengan mengklik ikon Insert Layer di kawasan
bersebelahan timeline.
4) Di layer yang baru iaitu Layer 2, pilih Rectangle Tool dan bina satu
segiempat diatas kawasan teks dengan kelebaran 2 kali ganda kawasan teks
tanpa garis outline (klik garis kecil merah di kawasan warna). Pastikan
kwasan itu segiempat itu terpiih dan pilih warna grey linear gradient
5) Di Panel "Color Mixer" (perhatikan ruang sebelah kanan ) jadikan warna
gradient itu seperti berikut
6) Kemudian dengan memilih Gradient Transform Tool, klik di tepi sudut
segiempat tersebut dan putarkan sehingga kawasan gradient menjadi condong
sedikit seperti berikut:
7) Di timeline, klik nama Layer 1 dengan butang kanan dan pilih "Mask".
8) Anda perlu membuka kunci kedua-dua layer dengan mengklik ikon kunci.
Diikuti dengan di layer 2, klik dibutang kanan di frame satu dan pilih
"Create Motion Tween'. D frame 30, klik butang kanan dan pilih Insert
Keyframe. sementara di layer 1 frame 30 klik butang kanan pilih Insert Frame
(bukan keyframe!).
8) Kembali ke layer 2 frame 1, alihkan kawasan segiempat bercahaya ke
permulaan teks. Dan di frame 30 alihkan kawasan segiempat cahaya di
penghujung teks.
9) Apabila siap, cuba tekan Ctrl Enter. Anda telah siap mencipta
efek cahaya yang melalui di hadapan teks seumpama suluhan spotlight.
Segala usaha telah
dilakukan untuk menterjemahkan istilah-istilah Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Malaysia, namun masih banyak lagi istilah yang Bahasa Inggeris yang
terpaksa dikekalkan untuk kefahaman kerana kod-kod bahasa pemprograman
komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris.