Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan..
LPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat wap.zulkiplyharun.com
Tutorial Flash
Pelajaran 4
MEMBINA EFEK TEKS ZOOM
Di tutorial ketiga ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membina
teks dengan efek harmoni seperti berikut:
1) Lancarkan Macromedia Flash dan buka satu fail baru dengan File
-> New -> Flash Document
2) Pilih Text Tools dan dengan sebarang font pilihan anda bersaiz 20 berwarna
merah,
taipkan apa-apa di stage. contoh saya ialah saktian.net
3) Kemudian di layer 1, klik frame 1. setelah itu ke stage pilih teks
yang ditaip dan tetapkan saiz fontnya 12.
4) Klik di frame 2, tekan kunci F6, setelah itu ke stage pilih teks yang
ditaip dan tetapkan saiz fontnya 15.
5) Klik di frame 3, tekan kunci F6, setelah itu ke stage pilih teks yang
ditaip dan tetapkan saiz fontnya 18.
6) Klik di frame 4, tekan kunci F6, setelah itu ke stage pilih teks yang
ditaip dan tetapkan saiz fontnya 22.
7) Klik di frame 5, tekan kunci F6, setelah itu ke stage pilih teks yang
ditaip dan tetapkan saiz fontnya 28
8) lakukan seterusnya sehingga anda mencapai font yang besar contohnya
60.
9) Selepas itu katakanlah anda berada di frame 10 dimana fontnya telah
mencapai saiz 60, sekarang di frame 11, selepas tekan kunci F6, klik kawasan
teks dan pilih Convert Into Symbol (Graphic) dan di panel properties pilih
Color = Alpha dengan kadar 36&.
10) lakukan juga dengan cara yang sama di frame 12 kali ini dengan kadar
lebih rendah iaitu 10%. Di frame 13 kadarnya 0%. Di frame 14, anda pilih
kadar 100% dan tukarkan warnanya kepada warna yang lain contohnya hijau
terang. Lakukan di beberapa frame lagi seperti di frame 15 dan 16.
11) Siap. Sekarang cuba tekan Ctrl Enter. Jika berjaya, bolehlah simpan
fail ini dengan klik
File -> Export -> Export movie dan namakan sebagai saktian.swf.
Segala usaha telah
dilakukan untuk menterjemahkan istilah-istilah Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Malaysia, namun masih banyak lagi istilah yang Bahasa Inggeris yang
terpaksa dikekalkan untuk kefahaman kerana kod-kod bahasa pemprograman
komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris.