Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya..
LPZH kini boleh diakses dari Telefon WAP di alamat wap.zulkiplyharun.com
Tutorial Flash
Pelajaran 3
MEMBINA EFEK TEKS HARMONI
Di tutorial ketiga ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membina
teks dengan efek harmoni seperti berikut:
1) Lancarkan Macromedia Flash dan buka satu fail baru dengan File
-> New -> Flash Document
2) Pilih Text Tools dan dengan font IMPACT bersaiz 50 berwarna hijau tua,
taipkan apa-apa di stage. contoh saya ialah ummah2u.com
3) Kemudian dengan teks ummah2u.com dipilih, tekan Ctrl B untuk
memisahkan setiap satu huruf.
4) Diikuti dengan Modify -> Timeline -> Distribute To Layers. Di timeline
anda perhatikan nanti ia akan jadi begini:
5) Pergi ke layer bernama Layer 1, klik butang kanan dan "Delete Layer".
6) Diikuti dengan pilihan pada huruf "u" di stage dan klik butang kanan
tetikus dan pilih "Convert To Symbol" dan pilih "Graphic"
7) Lakukan cara yang sama di no 6) untuk setiap huruf di stage sehingga
habis. Aktifkan Panel Library dan anda akan dapat melihat semua huruf telah
bertukar menjadi Graphic Symbol.
8) Sekarang anda pergi ke "Layer u", pilih Frame 5 dan tekan kunci
F6, sama juga di frame 10.
9) Di layer yang sama kembali ke frame 5 dan sekarang pergi ke stage
untuk pilih huruf "u", tekan huruf Q di keyboard dan anda kini boleh
membesarkan huruf itu. besarkan dalam lingkungan 100% seperti berikut:
Kemudian di layer berkenaan dengan kunci shift ditekan, klik frame 5
hingga 10, di sebelah panel Properties, di kotak tween, pilih motion.
10) Ulangi langkah 8 dan 9 di atas untuk ke setiap huruf TETAPI dimulakan
dengan langkau 5 frame ke hadapan. Contohnya huruf kiedua ialah m. Anda
perlu mengklik frame 10 dan tekan kunci F6 diikuti dengan fame 15, tekan
kunci F6. Pilih huruf "m", di frame 10, dan di stage, taipkan Q di keyboard
serta besarkan huruf "m" kepada 100%. Pada huruf ketiga pula dimulai dengan
frame 15 dan 20. Begitulah seterusnya sehingga habis.
Contoh huruf kedua iaitu "m"
11) Anda akan perolehi begini
11) Siap. Sekarang cuba tekan Ctrl Enter. Jika berjaya, bolehlah simpan
fail ini dengan klik
File -> Export -> Export movie dan namakan sebagai ummah.swf.
Segala usaha telah
dilakukan untuk menterjemahkan istilah-istilah Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Malaysia, namun masih banyak lagi istilah yang Bahasa Inggeris yang
terpaksa dikekalkan untuk kefahaman kerana kod-kod bahasa pemprograman
komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris.