TUTORIAL
DAMN SMALL LINUX (DSL)
BHGN II
TAHNIAH! jika
anda sudah punmemasang DAMN
SMALL LINUX (DSL)
versi Windows. Jika belum saya nasihatkan anda untuk merujuk ke
Tutorial DSL 1
Sekarang kita kan
mempelajari selok-belok mencipta sebuah live cd untuk DSL agar komputer
kita boleh memboot linux terus tanpa melalui Windows. Dengan cara ini, aplikasi
linux akan berjalan dengan lebih lancar dan pantas tanpa melalui Windows
dan QEMU seperti tutorial yang lepas.
1) Untuk memulakan
pastikan anda memuat-turun fail bernama
dsl-2.4-iso dari
SINI.
2) Kita perlu burn fail image ini
supaya linux dapat dibootkan dari sekeping CD. Untuk tujuan burning saya
mencadangan anda memuat-turun
ISO RECORDER. Pilih versi anda samada
Windows XP SP1 atau
Windows XP SP2. Untuk
versi XP SP2, klik pada pautan Here is the current
build.
3) Setelah itu runkan fail
ISORecorderV2RC1.msi yang telah dimuat-turun itu. Tiada menu di dalam
program group yang dibina semasa pemasangannya. Ia cuma dipaparkan apabila kita
mengklik fail iso dengan butang kanan tetikus.

4) Masukkan sekeping CD-R
yang kosong di dalam pemacu CDROM Writer anda. (Anda boleh juga gunakan
CDRW - namun terdapat beberapa sistem komputer yang enggan menerima
booting dari CD begini).
5) Sekarang pergi ke fail
dsl-2.4-iso yang dimuat-turun pada
mula-mula tadi dan klik nama fail itu dengan butang kanan, pilih Copy image
to CD.
6) Ikut arahan yang ada pada skrin
bagi meneruskan pembakaran CD Image berkenaan.
7) Setelah selesai, bererti CD
berkenaan telah boleh digunakan untuk memboot Linux.
8) Restart komputer dan masuk ke
menu setup BIOS dengan menekan samada kunci F2, F11 atau
Del (bergantung kepada sisyem komputer masing-masing). Cari menu boot
priority atau Boot Configuration. Pastikan anda memilih CDROM sebagai opseyn
priroriti pertama untuk booting. Kemudian tekan kunci F10 dan klik Save.
9) Masukkan CD yang baru dibakar
tadi dengan dsl-2.4-iso ke dalam pemacu
CDROM. Restart komputer anda.
10) Jika segalanya berjalan lancar,
skrin komputer anda akan memaparkan booting linux, bukan lagi Windows.

11) Sejurus kemudian anda akan
memperolehi skrin Linux anda. Ia semupa seperti yang anda pernah temui jika anda
mengikuti Tutorial 1
dahlulu.

12) Jika anda telah
berjaya, SYABAS dan TAHNIAH. Dunia Linux anda sedang menuju ke
destinasinya.
TUTORIAL PENGGUNAAN MYDSL
1) Klik ikon MyDSL
di atas desktop Linux anda. Ia adalah sistem pengurusan pakej untuk DSL dimana
kita akan belajar membuat pemasangan pakej menggunakan MyDSL ini.
2)
Anda akan dipaparkan dengan satu pilihan pelbagai sub menu seperti rajah di
sebalah kanan ini. Ia dinamakan DSL Download Extension Panel.
3) Sekarang cuba
anda klik pada sub menu Games. Satu lis aplikasi di bawah kategori games
akan dipaparkan dan semua fail ini berakhir dengan extension .info
4) Sebenarnya
fail-fail ini hanyalah fail teks yang mengandungi maklumat berkenaan dengan
versi dan pencipta palikasi berkenaan dan juga beberapa maklumat penting
mengenai perisian lain yang perlu dipasang untuk aplikasi ini berjalan lancar di
DSL.
5) Katakan lah
sekarang anda memilih satu daripada fail-fail tersebut yang bernama
circuslinux.dsl.info. Anda akan dipaparkan maklumat mengenai pakej ini.

6) Amat penting untuk melihat baris
Comments sekiranya ada perisian tambahan yang diperlukan untuk memasang
pakej ini. Dalam kes ini tiada perisian tambahan diperlukan.
7) Sekarang kita telah bersedia
untuk memasang permainan ini. Klik pada butang Download untuk memulai
proses muat-turun dan pemasangan.
8) Kita akan ditanya dengan satu
menu popup direktori mana yang perlu disimpan fail yang dimuat-turun ini. Fail
ini akan di muat-turun di direktori mantap iaitu /tmp dan akan disemak
dengan nombor chksum untuk mempastikan fail yang dimuat-turun ini tidak korup
atau rosak. Klik butang Download untuk menerima direktori mantapnya iaitu
/tmp.
9) Anda akan dipaparkan dengan
proses wget dan apabila bar progress nya telah tiba status 100%, pakej ini telah
siap dipasang dan siap untuk digunakan.
10) Sekarang kembali ke Desktop
untuk mempastikan bahawa pakej baru ini telah berada di dalam menu DSL. Tetapi
harus diberikan perhatian seandainya anda memasang satu aplikasi sistem
berkemungkinan besar pakej nya itu tidak akan dipaparkan di menu
Startup.
Dalam kes ini ia akan dipaparkan di dalam menu MyDSL. Klik butang kanan di
desktop dan pilih myDSL. Sub menu akan memaparkan permainan Circus
Linux yang baru dipasang.
11) Sekarang anda boleh cuba pilih
permainan untuk untuk mengujinya. Sekalung TAHNIAH dari saya jika anda
telah berjaya.
12) Begitulah proses pemasangan
pakej-pakej lain melalui myDSL ini.
TUTORIAL PEMASANGAN PENCETAK (PRINTER)
1) Klik ikon
DSLPanel di desktop Linux.
2) Klik Printer
Setup
3) Anda akan
dipaparkan dengan menu Selmat Datang ke apsfilter. Taip "Y" sahaja dan
tekan Enter. Anda akan ditanya samada anda ingin meminta alamat emailnya.
Untuk pendekkan masa, klik "N" sahaja dan Enter. Klik Enter lagi
dan kemudian anda akan ditanya tentang permissions kepada apsfilter. Jawab "Y"
sahaja dan Enter.
4) Skrin akan
memparkan pertanyaan samada kita hendak tambah printer atau mengedit printer
yang sedia ada. Pilih "A"
5) Sekarang kita
dipaparkan satu sub-menu yang lain, oleh kerana ini kali pertama kita pasang
printer makan kita pilih "1" iaitu Printer Driver Selection dan tekan
Enter.
6) Satu lagi
sub-menu terpapar. Pilih "4" iaitu gimp-print (stp driver; version 4.2.x)
dan Enter - kerana pilihan sesuai untuk kebanyakan printer seperti Canon,
Lexmark, HP dan Epson. Jika ianya tidak sesuai dengan printer cuba opsyen "5".
7) Opsyen navigasi
printer driver akan dipaparkan. Tekan Enter dan di dalam contoh ini saya
menggunakan Canon BJC 1000 (opsyen "9"). Taipkan "9" dan Enter.
8) Enter
sekali lagi untuk menerima driver tersebut.
10) Kita akan
dikembalikan ke menu Apsfilter Setup semula dan sekarang kita ingin
memberitahu bagaiaman sambungan ke printer kita di lakukan. Pilih Opsyen "2"
dan Enter.
11) Printer saya
disambungkan dengan cable USB, jadi saya memilih opsyen "1" dan
Enter.
12) Terdapat satu
paparan seperti berikut

13) Oleh kerana kita
memakai Linux OS dan menggunakan kable USB, kita pilih port LPT1. Di ruang
Full path of parallel print device: taipkan
/dev/usb/lp0 dan Enter.
14) Sekali lagi kita
ke Menu Apsfilter Setup dan kita pilih Opsyen "3" pula iaitu Paper
Format. Taip "3" dan Enter. Pilih opsyen "US Letter" iaitu "3"
dan Enter.
15) Sekarang masanya
untuk menguji printer kita. Di menu Apsfilter setup, taipkan "I" dan
Enter. Selepas submenu cetak dipaparkan, taip "T" untuk test.
16) Jika setup kita
betul, maka printer akan mula mencetak. Jika tidak sila semak
langkah-langkah 4- 16 di atas.
15) Apabila siap
kita ke menu Apsfilter Setup sekali lagi untuk menamakan konfigurasi
printer ini dengan menekan "I" dan Enter. Berikan nama yang sesuai
seperti contoh yang saya gunakan saya namakannya dengan "Canon1000". dan
Enter.
16) Klik Enter
lagi untuk menerimanya dan segalanya telah hampir selesai. Di menu Apsfilter
Setup taip "Q" untuk quit dan Enter.
17) Sekarang kita
perlu ekspotkan printer ini supaya ianya dapat digunakan oleh mana-mana aplikasi
di dalam Linux kita. Klik ikon pertama di desktop iaitu "A=Terminal" dan
taipkan "export printer=Canon1000", dan kini printer itu telah boleh
digunakan oleh mana-mana aplikasi Linux anda.
Selepas ini kita
akan mempelajari LINUX dengan lebih mendalam di dalam tutorial selanjutnya.
InsyaAllah tutorial ketiga dalam persiapan.
HAKCIPTA TERPERLIHARA
© Zulkiply Harun
http://zulkiplyharun.com
|