 |
Menjelajah Dunia Dengan Google Earth |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Friday 09-11-2007 01:34 (3044 kali dibaca)
|
Google yang dikenali dengan enjin cariannya, telah memperkenalkan aplikasi terbarunya iaitu, Google Earth. Dengan aplikasi ini, kita telah boleh menjelajah hampir seluruh bahagian bumi ini.
Google Earth mampu menunjukkan gambar yang sangat detil! Contohnya seperti gambar yang ditunjukkan, kelihatan ada unta di padang pasir dan seorang penunggangnya. Bukankah ini amat menakjubkan?
Google Earth juga mampu menyerlahkan beberapa imej yang menarik tetapi tersembunyi di atas bumi. Yang pentingnya anda mengetahui lokasi tepat sesuatu tempat yang ingin dilihat iaitu kedudukan garis bujur dan garis melintangnya dan letakkan sahaja di petak yang disdiakan dan anda akan dibawa ke lokasi berkenaan.
|
|
|
|
|
 |
Yahoo Messenger 8 Multi Login |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Saturday 19-05-2007 14:08 (4908 kali dibaca)
|
Eriyza menulis "Anda pengguna khidmat Yahoo! Messenger 8? Saya akan memberitahu anda cara-cara untuk login 2 id Y!M yang berbeza sekaligus di dalam satu komputer sahaja.
Sebenarnya masalah ini seringkali timbul dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ada seseorang ingin menggunakan komputer anda untuk tujuan chatting. Tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu sign out Y!M anda.
Jadi dalam situasi ini, anda perlu setting program anda supaya anda dan kawan anda dapat online ( Y!M ) sekaligus dalam satu komputer pada waktu yang sama dengan menggunakan id yang berbeza. "
|
|
|
|
|
 |
3 Langkah Penting Untuk Melindungi PC Anda Dari Serangan Jahat |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Saturday 12-05-2007 16:18 (4733 kali dibaca)
|
Masalah yang dihadapi oleh pengguna - pengguna sistem operasi Windows XP kini semakin diancam oleh pelbagai jenis virus, trojans, spyware, malware, adware dan seumpamanya.
Pelbagai langkah diambil untuk melindungi komputer namun nampaknya sekalipun menggunakan perisian Antivirus dan AntiSpyware tercanggih, ia tidak menjamin komputer anda telah selamat dan kebal dari serangan virus-virus ini.
Justeru itu pengguna-pengguna komputer berasaskan Sistem Operasi Windows disarankan sangat untuk mengambil 3 langkah penting ini:
|
|
|
|
|
 |
Parlimen Perancis Pilih Ubuntu |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Sunday 08-04-2007 23:53 (2001 kali dibaca)
|
PARLIMEN Perancis telah memilih Ubuntu sebagai komputer desktop untuk ahli-ahli parlimen dan para pembantunya.
Parlimen Perancis membuat keputusan untuk menggantikan kesemua sistem operasi dari Windows kepada distribusi Linux di kesemua komputer 1,154 sebelum bermulanya sessi parlimen yang akan datang pada bulan Jun ini.
Sisitem operasi Linux Ubuntu ini akan dimuatkan dengan beberapa pakej sumber terbuka seperti OpenOffice productivity suite yang didatangkan dengan Ubuntu, termasuk browser Firefox.
|
|
|
|
|
 |
Membetulkan Menu Bar Internet Explorer 7.0 |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Wednesday 04-04-2007 12:48 (2034 kali dibaca)
|
INTERNET EXPLORER 7.0 (IE 7.0) telah dilancar pada tahun lalu dan telah muncul sebagai browser yang paling banyak digunakan mengatasi pesaingnya iaitu Mozilla Firefox. Nampaknya perang browser di antara IE dan Firefox akan bertambah sengit dengan kemunculan IE 7.0 ini.
Terdapat banyak ciri-ciri baru yang didatangkan dengan IE 7.0 ini seperti tab browsing, kotak enjin pencari, langganan RSS Feed, zoomkan halaman dan juga fungsi untuk mencetak yang lebih mesra-pengguna.
|
|
|
|
|
 |
Islam dan Teknologi Maklumat |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Saturday 10-03-2007 11:45 (2704 kali dibaca)
|
prasastra menulis "KEMAJUAN teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.
Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. "
|
|
|
|
|
|