 |
10 Trend di Dunia Teknologi Maklumat |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Wednesday 17-10-2007 09:30 (6593 kali dibaca)
|
COMPUTEX TAIPEI 2007 Satu pameran ICT tahunan yang berlansung pada 5 Jun lalu merupakan pameran ICT yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia telah menggaris 10 trend terkini yang berlaku di dalam teknologi maklumat seantero dunia yang biasanya akan menjadi kenyataan dalamasa 1-2 tahun.
Trend pertama adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangan komputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.
|
|
|
|
|
 |
Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 14-08-2007 11:57 (9293 kali dibaca)
|
Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager telah tidak berfungsi.
Hal ini disebabkan oleh sejenis worm bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo! Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware terkini.
Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.
|
|
|
|
|
 |
5 Anti-Spyware Percuma Terbaik |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 17-04-2007 14:56 (16444 kali dibaca)
|
Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.
Seperti lazimnya, saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana kita cuba menggunakan program yang bersih dari sebarang "crack" yang nantinya akan mendatang masalah jika tersalah pasang.
|
|
|
|
|
 |
Mencari Antivirus Percuma Terbaik |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Monday 09-04-2007 17:32 (25484 kali dibaca)
|
Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.
Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.
Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.
|
|
|
|
|
 |
Serangan Ke Atas Windows |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 03-04-2007 11:25 (4266 kali dibaca)
|
Microsoft Corp mengingatkan para pengguna sistem operasi Windows untuk tetap waspada dimana menurut Redmond Wash, sebuah syarikat perisian, serangan atas lubang yang terjadi pada sistem operasi Windows akan mengalami peningkatan dalam tempoh yang terdekat ini.
Hal itu disampaikan hanya sehari setelah ditemukan lubang pada file berekstension ''.ani''.
|
|
|
|
|
 |
MELAKUKAN BACKUP MYSQL |
 |
|
Dilulusterbit oleh zulkiply pada Tuesday 06-03-2007 11:09 (2657 kali dibaca)
|
Melakukan backup adalah penting kerana website anda boleh ditimpa masalah bila-bila masa dan anda perlu di dalam keadaan bersiap-sedia tatkala bencana menimpa.
Adakah anda melaksanakan penjagaan pengkalan data anda dengan sempurna?
Adakah anda sentiasa melakukan backup pengkalan data dan menjalankan rutin keselataman yang menyemak agar data anda sentiasa di dalam keadaan baik?
Semua jawapan kepada persoalan diatas perlu dititikberatkan oleh seseorang webmaster yang ingin menjaga kredibiliti lamanwebnya. Kerana pengkalan data yang hilang atau rosak tidak memberikan apa-apa nilai lagi kepada sesabuah website.
|
|
|
|
|
 |
Rangkaian Rekacipta Yang Global |
 |
|
Dilulusterbit oleh Administrator pada Monday 12-02-2007 10:38 (4004 kali dibaca)
|
NukeAvengelist menulis "Nama saya ialah NukeEvangelist.
Saya menerbitkan NukeCops.com dan nukeScripts.net
Saya amat gembira kerana melihat sumbangan besar anda dan lamanweb LPZH ini.
Saya ingin mengajak anda untuk meraikan "Rangkaian Global lamanweb berasaskan PHPNUKE yang berserakan di lima benua yang berlainan ini."
Raikan "global network of invention" - raikan bersama-sama di dalam satu komuniti persahabatan yang besar ini
"
|
|
|
|
|
 |
YOUTUBE: GOOGLE BELI RM6.27 BILLION |
 |
|
Dilulusterbit oleh Administrator pada Saturday 20-01-2007 11:00 (4108 kali dibaca)
|
zulkiply menulis "Enjin Pencari terkenal, GOOGLE telah membeli youtube.com dengan harga US$1.65 Billion (RM4.27 Biliion) - dalam usahanya untuk menguasai layanan video online.
YouTube merupakan tapakweb penyedia layanan perkongsian video secara online yang meningkat popularitinya saat ini meningggalkan pesaing-pesaing terdekatnya seperti Metacafe, Lulu, vSocial dan lain-lain.
Sejak Youtube dilancarkan 2 tahun yang lalu ia telah menyediakan 100 juta klip video.
Sementara GOOGLE pula merupakan tapakweb enjin Pencari yang sedang berusaha dan bersaing hebat untuk merebut takhta sebagai Enjin Pencari Terunggul yang kini dipegang oleh Yahoo."
|
|
|
|
|
 |
DAPATKAN TOOLBAR INI |
 |
|
Dilulusterbit oleh Administrator pada Tuesday 05-12-2006 13:31 (3539 kali dibaca)
|
zulkiply menulis "Anda pasti sudah mendengar Yahoo Toolbar, Google Toolbar dan MSN Toolbar. Kini bagi pengguna-pengguna Firefox dan Internet Explorer, untuk memudahkan pelayaran LPZH ini anda boleh memuat-turun satu Toolbar baru yang telah disiapkan dan diedarkan secara perc uma. Toolbar akan aktif di atas browser dan dengan hanya sekali klik anda akan dibawa ke sini."
|
|
|
|
|
|