Sewaktu LPZH mengeluar sebuah ebook tutorial photoshop, ramai yang bertanya saya bagaimanakah cara untuk kita membina sebuah e-book (buku eletronik)?
Ramai juga berhasrat untuk memiliki sebuah progam aplikasi yang boleh menjana dan membina sebuah e-book kerana edi era teknologi masa kini yang semakin berkembang, ramai kini lebih gemar membaca bahan-bahan terus dari komputer tanpa perlu mencari buku-buku bercetak yang kadang-kalanya telah memenuhi ruang yang semakin sempit.
KINI, LPZH tampil mengenengahkan sebuah program khusus untuk membina sekeping e-book. Ia amat mudah digunakan dan sesiapa sahaja yang memiliki komputer berplatformkan Windows samada XP/Vista kini boleh membina seberapa banyak e-book untuk diperkongsikan bersama.
Program ini tidak memakan ruang yang banyak apabila dipasangkan di dalam komputer anda. Yang penting komputer anda mempunyai sistem operasi Windows samada XP atau Vista.
Apabila anda telah memuat-turun fail zed_setup dari laman ini, anda dwi klik fail berkenaan. Ada beberapa pernyataan yang biasa ditemui yang akan terpapar sepanjang pemasangan program ini. Klik terus sehinggalah ke penamatnya.
Apabila pemasangan selesai, program itu akan terlaksana secara automatik buat pertama kali.
Namun seperkara yang ingin saya pesan di sini, sesiapa juga yang ingin membina e-book menggunakan perisian ini, anda hendaklah mempunyai pengetahuan asas mengenai HTML. Ini adalah kerana perisian ini akan membaca lembaran-lembaran HTML yang disimpan di dalam satu folder khusus yang anda tetapkan di dalam komputer anda. Pastikan juga fail pertama atau utama bagi e-book anda ialah index.html
E-book yang terhasil akan dipapar dengan "browser khas yang telah siap terpasang" di dalam perisian ini. Justeru itu ebook yang dihasilkan amat mudah dibuka dan dipindahkan malah anda boleh membaca ebook anda terus dari pen drive atau boleh dibakar terus ke atas CD/DVD.
Bagi mereka yang tidak mahir mencipta fail-fail HTML, bolehlah rujuk ruangan Tutorial HTML yang mana pautannya diberikan di hadapan lamanweb LPZH ini. Ia adalah tutorial Bahasa Malaysia yang pertama yang pernah ditulis di tapak Geocities semenjak tahun 1996 dan kini telah dipindahkan ke tapak LPZH ini untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mempelajarai teknik asas pembinaan lamanweb menggunakan HTML.
Perisian Zul E-book Designer ini juga didatangkan dengan beberapa skrip talian hayat apabila anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan sewaktu menggunakan program ini. Klik saha simbol tanda soal (?) di sebelah setiap pernyataan atau arahan, sebuah tetingkap Talian Hayat akan muncul untuk menjelaskan kepada anda apa yang perlu anda tahu. Anda boleh menutup tetingkap berkenaan sengan hanya mengklik arahan "Tutup" yang terpapar di tetingkap berkenaan. Semua penerangan di dalam Talian hayat ini menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami.
Program ini adalah versi yang ke 2 di keluarkan oleh LPZH. Ia telah diuji berkali-kali namun saya tidaklah dapat menyatakan ia bebas dari sebarang kelemahan. Ianya akan sentiasa diperbaiki dan saya bercadang untuk mengeluarkan satu lagi pembina e-book yang boleh membina e-book terus dari fail-fail Word dan Excel.
Seandainya ada cadangan dan sumbangan dari anda, silalah berhubung dengan saya. Selamat menggunakannya dan selamat berjaya.
Boleh di muat-turun dari SINI