Sejak LPZH mengeluarkan Zul Wallpaper Changer (ZWC) versi 1.0, telah ramai juga yang telah memuat-turun dan menggunakannya.
Dan kami telah menerima pelbagai cadangan menarik untuk diimplementasikan untuk menjadikan Zul Wallpaper Changer lebih baik dan lebih mesra pengguna.
Hari ini ZWC tampil dengan versi 2.0 untuk memenuhi hasrat dan harapan sekalian ahli LPZH amnya dan pengguna Zul Wallpaper Changer versi 1.0 khususnya.
Ia lebih mesra pengguna, dalam ertikata pengguna tidak lagi risau untuk meleakukan adjustment secara manual tetapi semuanya dikendalikan oleh program aplikasi sejak mula diianya dipasangkan. Yang lebih utama ia berbahasa Malaysia dan dihasilkan oleh kita sendiri tanpa perlu bergantung kepada program yang direkacipta oleh orang luar.
Apabila anda telah memuat-turun (tak kira folder mana ia berada), klik sahaja fail ZWC_Setup.exe dan ianya akan dipasangkan ke dalam komputer anda (pengguna Windows Vista perlu melakukannya dengan pelepasan Administrator) dan setelah semua ianya terpasang, ZWC akan berada di systray. Satu ikon kecil
akan menetap di situ menandakan ZWC sedang berfungsi dan wallpaper Windows anda akan bertukar setiap satu minit. terdapat beberapa Wallpaper menarik didatangkan bersama dengan saiz ukuran 1280 x 800 (sesuai untuk semua resolusi komputer desktop dan notebook).
Jika anda ingin mengubah setting mantapnya, dwi-klik ikon di system tray berkenaan dan menu program aplikasi ZWC akan muncul. Anda boleh
1) menukar setting berapa minit untuk sesatu wallpaper changer itu bertukar. Masukkan angka yang dikehendaki dan klik kemaskini.
2) menambah imej-imej sendiri. Anda hanya perlu mengumpul imej-imej yang cantik dan hantar ke folder C:/Program Files/Zul Wallpaper Changer/Wallpapers
Imej-imej bmp, jpg dan gif boleh diterima.
3) Kemudian klik Kemaskini Lis.
4) Setelah siap anda bolehlah memilih samada ianya akan terpasang secara auto apabila Windows dihidupkan dan setting samada imej wallpaper itu perlu memenuhi ruang Windows yang ada dengan menandakan kotak-kotak yang sepadan dengan pilihan anda.
5) Dan setelah selesai semua setting, klik ikon "Ke System Tray".
Wallpaper anda akan bertukar mengikut setting yang anda telah tetapkan. Kini anda sudah tida perlu lagi merasa bosan dan jemu dengan hanya menghadap satu gambar di desktop anda. Sementelah lagi ZWC akan berfungsi seperti sebuah "screen saver" yang akan menukarkan wallpaper desktop/notebook anda tatkala anda sedang bekerja atau sedang membiarkannya tanpa diusik.
Penggunaan memori bagi ZWC terlalu minima untuk mempastikan komputer yang bermemori kecil juga dapat menggunakannya.
Kami sentiasa menerima segala cadangan membina untuk memperbaiki ZWC di masa-masa akan datang.
Kita berharap akan lebih banyak program aplikasi komputer yang akan dihasilkan oleh anak-anak Malaysia sendiri tanpa perlu bergantung kepada program aplikasi dari perekacipta luar.
ZWC adalah sumbangan kecil ke arah menjayakan matlamat berkenaan.
Zul Wallpaper Changer boleh di dapati di bahagian Muat-turun.