ASAS HTML
PELAJARAN 5


Banyak sudah dipelajari. Manipulasi teks dan font, imej dan capaian. Untuk peringkat Asas ini, tidak banyak yang belum diliputi

Saya kira saya akan menyatakan sesuatu mengenai resolusi skrin. Skrin yang saya sedang gunakan kini ialah 800 pixel x 600 pixel. Ramai juga yang menggunakan 640 x 480 sedikit menggunakan 1024x768. Dan ramai pula yang tidak faham apakah resolusi yang saya sebutkan inidan apa pentingnya mengetahui hal demikian.

Kadangkala laman web yang siap dan cantik di skrin kita, tak semestinya keluar serupa cantinya di skrin orang lain! Ini jawapannya kesan dari penggunaan resolusi skrin yang berbeza. Sebagai pereka homepej, kita mesti mengetahui kedudukan sebenar apabila ianya dilihat oleh pengunjung-pengunjung yang mempunyai resolusi yang rencam ini.

800×600 640×480 1024×768
Langkah pemeriksaan homepej melalui resolusi yang berbeza adalah langkah yang bijaksana kerana anda adalah pereka sekaligus pengunjung pertama homepej anda. Tanpa pemeriksaan ini, anda tidak dapat mengesan pandangan orang lain terhadap homepej yang anda hasilkan, apatah lagi mengesan "kacau-bilau" yang mungkin terjadi hasil penggunaan resolusi yang berbeza.

Terdapat satu program kecil yang boleh menukarkan resolusi komputer anda secara mudah iaitu Quickres. Seandainya anda kurang mahir memasang dan menggunakannya, dapatkan nasihat mereka yang tahu.


Kini kita akan kembali menyemak beberapa peralatan formatting yang boleh digunakan untuk memperbaiki homepej kita. Salah satunya ialah <BLOCKQUOTE>. Ianya banyak kali saya gunakan di tutorial ini meskipun tidak kelihatan. Saya gunakan satu contoh lain untuk pemahaman.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<BLOCKQUOTE>
Sebenarnya memperoleh hikmat bukanlah dengan menjadi tua, tapi dengan memiliki pandangan hidup yang tepat, yang senantiasa melibatkan kehendak Tuhan. Pandangan hidup yang paling mendasar tentunya adalah pengakuan bahawa seluruh alam semesta , termasuk manusia, diciptakan oleh Tuhan.
Oleh karena itu, langkah pertama perolehan hikmat adalah takut akan Tuhan. Tanpa pengetahuan dan pengakuan ini tiada apa yang dinamakan hikmat.
</BLOCKQUOTE>
</BODY>
 
Sebenarnya memperoleh hikmat bukanlah dengan menjadi tua, tapi dengan memiliki pandangan hidup yang tepat , yang senantiasa melibatkan kehendak Tuhan. Pandangan hidup yang paling mendasar tentunya adalah pengakuan bahawa seluruh alam semesta, termasuk manusia, diciptakan oleh Tuhan. Oleh karena itu, langkah pertama perolehan hikmat adalah takut akan Tuhan. Tanpa pengetahuan dan pengakuan ini tiada apa yang dinamakan hikmat.
Saya pasti <BLOCKQUOTE> pertama kali dicipta untuk pelbagai tujuan, seperti memetik kata-kata hikmat tertentu dari para pendita dan sebagainya, namun di sini ia bermaksud untuk tujuan yang lebih senang... iaitu memudahkan kerja-kerja "indenting".


Satu lagi peralatan lain yang besar gunanya ialah LIST. Ia dibahagikan kepada dua iaitu ORDERED lists (lis tersusun) and UNORDERED lists (lis tidak tersusun).
 
 

Ini ialah lis tersusun
  1. sesuatu yang besar
  2. sesuatu yang kecil
  3. sesuatu yang panjang
  4. sesuatu yang pendek
Ini ialah lis tak tersusun
  • warnanya merah
  • warnanya biru
  • sesuatu yang tua
  • sesuatu yang muda

Pertama, kita bina satu lis tak tersusun.

 Kita cuba yang ini...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
</BODY>

Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?

Kemudian masukkan tag lis tak tersusun

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
<UL>
</UL>
</BODY>

Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?


Masukkan pula perkara-perkara yang diinginkan tersenarai.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
<UL>
<LI>tuala mandi
</UL>
</BODY>


Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
  • tuala mandi


Tambah beberapa barang lagi...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?<UL>
<LI>tuala mandi
<LI>baju/seluar mandi
<LI>pelampong
<LI>tikar
<LI>rendang
</UL>
</BODY>

Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
  • tuala mandi
  • baju/seluar mandi
  • pelampong
  • tikar
  • rendang

Siap dah satu senarai!


Bagaimana pula dengan lis tersusun? Mudah saja! Tukar tag <UL> tag kepada <OL>.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?<OL>
<LI>tuala mandi
<LI>baju/seluar mandi
<LI>pelampong
<LI>tikar
<LI>rendang
</OL>
</BODY>

Apa yang perlu dibawa untuk berkelah esok?
  1. tuala mandi
  2. baju/seluar mandi
  3. pelampong
  4. tikar
  5. rendang 


Satu lagi jenis senarai ialah senarai definasi.
 
 

Cap Dagangan
Pada dasarnya ialah sesuatu tanda yang mengasingkan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan dapat membezakan barangan tersebut dengan barangan yang yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar lain.

Satu contoh lain:
Mulakan dengan...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<DL>
</DL>
</BODY>


Kemudian masukkan tajuk definasi...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<DL>
<DT>Definasi Internet
</DL>
</BODY>

Definasi Internet


Dan masukkan definasinya.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<DL>
<DT>Definasi Internet
<DD>Suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer,samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil.
</DL>
</BODY>

Definasi Internet 
Suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer, samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil


Untuk mengindahkannya, kita tebalkan tajuknya pula.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<DL>
<DT><B>Definasi Internet </B>
<DD>suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer,samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil.
</DL>
</BODY>

Definasi Internet 
suatu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer, samada dirumah, pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil


Satu lagi bahan kecil yang boleh digunakan ialah Garis Lintang.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<HR>
</BODY>



Kita mempunyai beberapa pilihan...

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<HR WIDTH=20%>
<HR WIDTH=50%>
<HR WIDTH=100%>
<HR WIDTH=20>
<HR WIDTH=50>
<HR WIDTH=100>
</BODY>








Yang ini pula menggunakan arahan ALIGN.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<HR WIDTH=60% ALIGN=LEFT>
<HR WIDTH=60% ALIGN=RIGHT>
<HR WIDTH=60% ALIGN=CENTER>
</BODY>





Kita boleh mengawal ketebalannya...

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<HR WIDTH=60% SIZE=1>
<HR WIDTH=60% SIZE=3>
<HR WIDTH=60% SIZE=8>
<HR WIDTH=60% SIZE=15>
</BODY>






Jangan lupa apabila saya menyatakan bahawa browser tidak mengerti "formatting", ia hanya memaparkan teks yang ditaip. Kita lihat satu contoh:-

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">

                 \|/ 
                (@ @)
     +----oOO----(_)-----------+
     |         Dariku          |
     |         untuk           |
     |         sidia           |
     +-----------------oOO-----+
               |__|__|  
                || ||
               ooO Ooo
</BODY>

\|/ (@ @) +----oOO----(_)-----------+ | Dariku | | untuk | | sidia | +-----------------oOO-----+ |__|__| || || ooO Ooo


Oleh itu, kita gunakan tag <PRE> (preformat), kita akan menghentikan apa yang kita taip dibariskan sepanjang-panjang di dalam satu atau dua baris.

 <BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
<PRE>

                 \|/ 
                (@ @)
     +----oOO----(_)-----------+
     |          Dariku         |
     |           untuk         |
     |           sidia         |
     +-----------------oOO-----+
               |__|__|  
                || ||
               ooO Ooo
</PRE>
</BODY>

                 \|/ 
                (@ @)
     +----oOO----(_)-----------+
     |          Dariku         |
     |           untuk         |
     |           sidia         |
     +-----------------oOO-----+
               |__|__|  
                || ||
               ooO Ooo

* Perhatikan bahawa font monospaced digunakan. 


Sebelum saya tamatkan Peringkat Asas ini, saya mesti nyatakan sesuatu tenatng stail dan isi laman web. Terlebih baik jika anda lawati laman web Jeffrey Glover bertajuk  Top 10 ways to tell if you have a sucky homepage dan Do's and Don'ts of web site design.


LATIHAN ULANGKAJI

1.     Buka semula fail4.html di Notepad dan ubahsuaikan fail berkenaan dengan kod-kod berikut:-

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>
Ulangkaji Pelajaran 5
</TITLE>
</HEAD>
<BODY BACKGROUND="swirlies.gif">
<H1 ALIGN="center">ULANGKAJI PELAJARAN 5</H1>
<br>
<br>
<FONT COLOR="#FF0000" FACE="ARIAL" SIZE="4">Di halaman ini saya akan cuba untuk membuat pelbagai <b>capaian.</b></FONT> 
<br>
<UL>
<LI>
<A HREF="http://www.tm.net.my/">Laman Web TMNET</A>
<LI><A HREF="http://www.jaring.my/">Laman Web Jaring</A>
<LI><A HREF="http://www.utusan.com.my/">Laman Web Utusan</A>
<LI><A HREF="http://www.jaring.my/bharian">Laman Web Berita Harian</A>
<LI><A HREF="http://www.thestar.com.my/">Laman Web The Star</A></UL>
<BR>
Pergi ke <A HREF="http://www.geocities.com/~zulhar"> <IMG SRC="zura.jpg" BORDER=0></A>
<br>
<br>

<FONT COLOR="#000000" FACE="ARIAL" SIZE="4"><I>Itulah capaian-capaian awal yang dapat saya paparkan di peringkat permulaan ini </I></FONT>
<br>
<br>
<center>
Semuga berjaya hendaknya!
</center>
</BODY>
</HTML>

2.     Simpan fail berkenaan dengan nama baru (fail5.html) dan lancarkan di browser. Dapatkah anda melihat capaian-capaian anda telah disenaraikan di dalam satu lis tersusun?

 


 
Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Indeks
TUTORIAL ASAS HTML

[Tutorial Jadual] [Tutorial Borang] [Tutorial Bingkai] [Tutorial Pemetaan Imej]
[Java & Javaskrip] [Muzik Latarbelakang] [Sumber Lain]

ZULKIPLY HARUN'S ONLINE PORTFOLIO